JABATAN PERDAGANGAN
MPU21032
AKAUNTANSI
DISEDIAKAN OLEH:
- MUHAMMAD ALIF SHAZWAN BIN SUHAIMI (02DAT21F2016)
- MUHAMMAD BULLYA HAMBALI BIN FADZLULLAH (02DAT21F2040)
- AIMAN AFIQ BIN ROZAIMAN (02DAT21F2044)
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum w.b.t dan Selamat sejahtera, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Puan Yusidawati Binti Yusof, Pensyarah Matapelajaran Pelajaran Penghayatan Etika dan Peradaban (MPU21032), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan penghargaan atas tugasan ini. Selain itu, tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang telah memberi dorongan serta sokongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata, kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang menjalankan proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Terdapat pelbagai ilmu yang kami rungkai sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang ditunjukkan oleh rakan-rakan sepasukan ternyata membuahkan hasil. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan lancar.
PENGENALAN
Kerja kursus ini, mengharuskan pelajar untuk menghayati etika dan peradaban yang wujud dalam masyarakat pelbagai etnik atau bangsa di dalam Malaysia. Perkara ini diperlukan, agar dapat memperteguhkan pemikiran kritikal dan analitikal bagi menangani kehidupan yang lebih mencabar di era terkini. Pengisian kursus ini berfokus kepada penghayatan etika dan peradaban dalam acuan Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan pelbagai konsep etika dan peradaban yang menjadi kekuatan kepada pembentukan sesebuah negara Malaysia berdasarkan susur masa evolusi sejarahnya dari era pra-kolonial sehingga ke pasca-kolonial. Kefahaman mengenai pembentukan etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian, dibincangkan agar dapat meningkatkan penghayatan etika dan peradaban ke arah Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia. Jenis peradaban untuk acuan Malaysia hendaklah dikupas serta diperdebatkan dalam pelbagai aktiviti akademik berpandukan Perlembagaan Persekutuan sebagai tapak integrasi dan wahana etika dan peradaban. Pembinaan kesepaduan nasional amat dipengaruhi oleh globalisasi serta perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mengikut era terkini disertakan dengan perkembangan teknologi terkini. Oleh demikian, penghayatan etika dan peradaban menzahirkan perilaku tanggungjawab sosial serta digerakkan pada peringkat tertentu. Sebagai contoh, individu keluarga komuniti dan lain-lain yang terlibat sama dengannya. Justeru, pembangunan langsung ekonomi membawa cabaran baru untuk mengukuhkan kelestarian etika dan peradaban di Malaysia. HIEPs diguna pakai dalam pengajaran mahupun pembelajaran dalam memahami kursus ini.
OBJEKTIF
1. Menerangkan Tiga Lapisan Kesepaduan Nasional di Malaysia
2. Menerangkan maksud Perpaduan
3. Menjelaskan kepentingan Kesepaduan
4. Mencari konsep Penyatupaduan dalam negara
5. Menghuraikan hubung kait antara Sejarah Etnik dan Pembentukan Perpaduan
TIGA LAPISAN KESEPADUAN NASIONAL DI MALAYSIA
Pada umumnya, tiga lapisan kesepaduan nasional di Malaysia berkait rapat antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia berdiri di satu kesatuan. Sebagai contoh, di dalam negara Malaysia terdapat pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Kesannya, semua rakyat perlu bekerjasama agar pemantapan kesepaduan nasional Malaysia dapat dijayakan.
PERPADUAN
Perpaduan negara merupakan satu keadaan di mana pelbagai rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi pelbagai komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
KESEPADUAN
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju. Banyak negara di dunia yang telah mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian serta kemakmuran antara kaum dan budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antara bangsa terhadap Malaysia.
PENYATUPADUAN
Satu fenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduan negara yang seharusnya mempengaruhi para anggota masyarakat pelbagai peringkat untuk merungkai pelbagai jenis ikhtiar dan kegiatan bermanfaat yang dianggap sebagai prasyarat untuk mencapai perpaduan yang diimpikan oleh negara.
KEMAJMUKAN MALAYSIA : PENERANGAN RINGKAS
- Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bangsa dan adat resam serta mempunyai bahasa yang tersendiri di bawah satu pentadbiran. Perkara ini penting kerana pembentukan negara Malaysia berasal daripada kerjasama rakyat pelbagai kaum, kepercayaan dan warna kulit yang berbeza untuk memperoleh kemerdekaan yang telah negara Malaysia peroleh kini.
- Dari sudut pandang agama, masyarakat Malaysia menganut lebih daripada satu jenis agama. Contohnya Islam, Hindu, Kristian, Konfucious, Taois, Animisme, Buddha dan pelbagai jenis lagi kepercayaan yang berada di negara Malaysia.
- Tambahan pula, Malaysia turut mempunyai suku kaum yang berbeza daripada umumnya. Sebagai contoh kaum Serani, Orang asli di semenanjung, Bajau, Kadazan dan Murut di Sabah serta Kedayan, Melanau dan Iban di Sarawak.
- Justeru, dengan kebijakkan pemerintahan, Kemakmuran di dalam negara Malaysia masih terjaga. Hal ini demikian kerana budaya dan adat resam masih dikekalkan, malahan turut dijadikan satu budaya yang sering diamalkan. Sebagai contoh, Tahun baru cina sentiasa diadakan pada awal tahun.
INTEGRASI WILAYAH
- Maksud integrasi wilayah ialah satu konsep persefahaman antara rakyat tanpa mengira wilayah atau kawasan asal mereka. Contohnya, pada waktu kini ramai anak muda yang berhijrah ke pusat bandar agar dapat mencari nafkah walaupun terpaksa keluar dari kampung halaman.
- Dalam konteks Malaysia, wilayah diertikan sebagai kawasan yang meliputi entiti geografi serta sempadan politik. Sebagai contoh, wilayah yang dikenali sebagai Persekutuan Malaysia.
TRAGEDI 13 MEI
Peristiwa 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum antara Cina dan Melayu serta kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan rapat dengan pilihan raya umum 10 Mei 1969. Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli politik dari pihak pembangkang telah membangkitkan soal-soal bangsa Malaysia berkaitan dengan bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, Status Quo orang melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan melayu. Pada Pilihan Raya Umum 1969, Parti Perikatan gagal memperolehi majoriti di dalam parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan manakala pihak pembangkang menang 25 buah kerusi dalam Dewan Rakyat. Disebabkan kemenangan tersebut pihak pembangkang telah meraikan kemenangan mereka dengan berarak pada 11 Mei. Perarakan tersebut tidak bermotif untuk menimbulkan isu perkauman. Namun, segelintir pengikut mengeluarkan slogan-slogan bersifat sensitif berkenaan isu perkauman.
Oleh demikian, sebagai negara yang menampung pelbagai rakyat dari segi budaya, agama, bangsa dan bahasa perlu bersatu hati dalam membuat keputusan. Hal ini kerana negara Malaysia terbentuk disebabkan oleh semua bangsa. Kesannya, pergaduhan di dalam sesebuah negara akan meruntuhkan pentadbiran malahan juga mampu membuatkan kemerdekaan Malaysia tidak kekal lama jikalau tiada toleransi sesama rakyat Malaysia.
DETIK PERPADUAN DAN DETIK PERBEZAAN
Detik perpaduan dan detik perbezaan merupakan saat yang boleh dilihat daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia. Justeru, perkara ini muncul dalam detik-detik tertentu sebagai contoh memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir yang terjejas. Detik perpaduan merupakan detik penting di dalam negara kerana rakyat Malaysia yang terdiri daripada latar sosial mahupun budaya yang berbeza saling menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang terjejas akibat banjir walaupun berbeza agama dan kaum seperti pada tahun 2021 hingga 2022 di semenanjung Malaysia.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, usaha dalam membuat Pemantapan Kesepaduan Nasional Malaysia mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dihadapi bersama oleh pihak kerajaan serta masyarakat di Malaysia. Oleh demikian, pihak kerajaan telah mengusahakan pelbagai strategi yang sesuai agar pendekatan dan dasar negara dapat dilaksanakan oleh kerajaan untuk mencapai negara impian yang di idamkan. Negara impian dan idaman bukan sahaha perlu makmur atau maju dalam pelbagai bidang akan tetapi mempunyai hubungan etnik yang harmoni serta bersatu padu untuk menggapai integrasi nasional di bawah sistem persekutuan. Impian Malaysia ialah untuk menyaksikan masyarakat yang berbilang kaum dapat hidup harmoni di bawah satu rumpun negara tanpa mengira budaya, bangsa, agama dan bahasa. Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara untuk mencapai kemajuan dan keutuhan bangsa di era terkini.
PENGAJARAN
Pengajaran yang dapat kita pelajari dari tajuk ini ialah jika sesebuah negara mempunyai integrasi antara satu sama lain dan dasar-dasar kerajaan negara itu akan memperolehi kemajuan dan situasinya menjadi lebih aman dan damai. Selain itu, masyarakat juga harus bekerjasama bagi mengekalkan perpaduan di negara kita supaya kesepaduan sosial dapat dijalankan dengan mudah. Jikalau kita mengabaikan pengajaran ini, berkemungkinan perkara buruk akan terjadi seperti peristiwa yang pernah berlaku iaitu Tragedi 13 Mei 1969. Oleh itu, rakyat Malaysia hendaklah bersatu padu antara kaum agar perpaduan negara lebih utuh kerana pada masa kini, perpaduan sesebuah negara mudah goyah disebabkan oleh media massa yang menyebarkan beberapa maklumat yang kurang tepat atau tidak jelas.
LAMPIRAN
BUKU
- Rahmat Ismail, UPND, Etika Sosial Satu Peradaban Dalam Kehidupan Sosial Manusia, cetakan pertama 1997.
- Ishak Saat, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd, terbitan pertama 2009.
INTERNET
VIDEO
Comments
Post a Comment